Friday, September 20, 2013

#Throwback 1#


Saat itu aku kira jiwa aku sangat rapuh.
Seringkali bersulam airmata.
Sendirian berendam tangis tatkala yang lain lena berdengkur, asyik diulit mimpi.
Entah apa yang bermain di fikiran.
Terlalu banyak.
Seribu satu persoalan.
Sepi tanpa jawapan.
Sendu dan tangis bersatu.

Aku berpegang pada satu keputusan yang aku kira terbaik untukku.
Hati ini kuat untuk bertahan, sendirian.
Tapi terkadang dipukul ombak, aku terbuang jauh ke laut..
Terbuai-buai, hanyut oleh perasaan.
Menangis lagi..

Hari demi hari, aku cuba mencari jawapan pasti.
Hari berganti minggu, minggu bertukar bulan, bulan berganjak tahun..
Aku tetap berpegang teguh dengan keputusan.
Tidak berganjak walau diasak, walau dipujuk, walau ditabur pelbagai janji.
Tapi hati masih belum tenang.
Peritnya masih terasa.
Menikam segenap jantung.
Airmata terus mengalir tanpa rela.

Setiap saat kupanjatkan doa pada-Nya.
Hanya pada-Nya tempat aku merintih, mengadu nasib, meminta petunjuk..
Ya Allah, Kau berilah hambaMu ini petunjuk Ya Allah.
Berilah aku kekuatan, kesabaran dan ketabahan Ya Allah..
Ya Allah, aku lemah tak berdaya..Aku buntu dipersimpangan..
Ku mohon petunjukMu Ya Allah..
Ya Allah, jika benar dia untukku, Kau jadikanlah dia sebaik-baik insan yang boleh membimbingku Ya Allah..
Jika dia bukan untukku, Kau jauhkanlah dia dariku..Hindarkan dia dariku..
Kau hadirkanlah insan yang terbaik untukku, yang akan mengimamkan solatku, mendidik dan memimpinku ke jalan yang Kau redhai Ya Allah,
Lapangkanlah dadaku, bukakanlah pintu hatiku untuknya..
Berikanlah aku petunjuk Ya Allah, agar aku bebas dari perasaan terbelenggu ini..
Berikanlah aku petunjuk yang pasti Ya Allah..
Supaya aku boleh membuka lembaran baru dalam hidupku.

Tak jemu doa dipanjatkan..
Acapkali dengan linangan airmata..
Hanya Allah yang mengerti..

Di suatu malam, saat tekun mentelaah, satu panggilan telefon telah mengubah hidupku..
Aku kira Allah mendengar rintihanku...
Aku kira Allah sedang menitip isyarat buatku...
Petunjuk yang kuhajati..

Entah mengapa, panggilan itu tidak seperti panggilan-panggilan sebelumnya yang kerap berakhir dengan linangan airmata sesudah talian diputuskan.
Panggilan kali ini membuatkan kepala yang dahulunya berat, terasa ringan..
Tiada lagi belenggu..
Hati aku tenang, lapang...
Tiada lagi kesedihan..Tiada lagi tangisan..
Seolah beban yang selama ini terpikul dibahuku, hilang...
Sebaliknya, kupanjatkan kesyukuran pada Allah..
Kerana telah memberi suatu petunjuk yang nyata..
Inilah saatnya..
Saat yang merubah hidupku..
Syukran Ya Allah...



2 comments:



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015