Monday, August 25, 2014

Jamuan Raya Cawangan 2014


Every year pun cawangan akan buat sambutan hari raya despite of sambutan raya jabatan.
Dah almost 3 years aku dalam cawangan ni. Last 2 years aku tak attend pun jamuan raya cawangan. And I wonder why? huhuhu..
Every year, akan ada bahagian assigned as host for the arrangement of the event. Terpulanglah kepada bahagian tersebut nak buat tema apa dsb.

This year, bahagian aku kena jadi host. Banyak cerita di belakang tabir pasal persiapan sambutan ni. Macam-macam lah kes. But, lets put that aside, kita layan gambar sebelum dan pada hari kejadian sajoh.


Sambutan tahun ni bertemakan 
"Orient Express, Istanbul Kami Datang....."
Adalah kisah disebalik tema yang dipilih ni. Tapi malas aku nak cerita panjang lebar...Tapi secara ringkasnya tema ni diangkat sebab nak cerita pasal simbolik keretapi melalui Orient Express, satu sistem keretapi jarak jauh yang mewah lagi ikonik satu ketika dahulu that travels from Paris to Istanbul, Turki.. dan diselitkan dengan tema Istanbul yang kaya dengan sejarah terutama bab penaklukan dan penguasaan Islam. 

Persiapan, a day before event. Simple je sambutan tahun ni. Kalau boleh kami nak buat lagi simple. Hidang makanan je tanpa deco-deco..hahahah..

Labelling, table centerpiece, door gift berupa bookmark, kad jemputan simbolik kepada tiket keretapi/boarding pass heading to Istanbul...Semua DIY. 

Menu utama untuk jamuan disamping menu-menu potluck oleh setiap bahagian.

Menu yang paling hot dan laris pada hari tersebut adalah kambing golek dan kebab..Yummmsss..

Aku bertugas jaga kaunter pendaftaran. Kali ni dah tentukan tempat duduk masing-masing. Bising semua orang sebab tak dapat duduk dengan geng masing-masing. Saja nak bagi semua orang mix and mingle dengan bahagian-bahagian lain.

Tapi aku yang pemalu, maintain tak mingle around dengan crowd. Duduk la bertapa kat meja pendaftaran tu sampai ke sudah. Berjalan pun setakat nak amik foods je..huhuhu...Dasar anti-social aku ni..




On duty

The ticket

Deco kami tertumpu kat sini je. Motif bunga tulip dan motif jubin Turki. Simple tapi finishing nampak menarik lah pulak. Dan paling penting cost saving.


AJK merasmikan backdrop sebelum orang lain serbu masuk dewan.

The masters of ceremony..



Orang kuat belakang tabir

Since our event pada 21 Ogos, the next day pula Hari Perkabungan Negara sempena tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, jadi aktiviti persembahan terpaksa di kurangkan..Aku suka part tu..haha..Kalau tidak, tiap tahun pun semua pakat nak telan mikrofon dok berkarok..hihi..


Antara persembahan pada hari tersebut...Diselitkan juga Remembering MH17 & MH370 dan juga Tribute to Gaza.



Live band yang dapat hadiah persembahan terbaik. Dia nyanyi sedap gile..Kalah retis..hihi.

Dato' Pengarah yang tersangatlah sempoi melayan ragam dan kerenah anak buah..


Orang-orang kuat majlis dengan Dato' Pengarah.

Orang lain dok sibuk makan, aku alert je dengan kamera. hahaha.

Dato' KP pun sempat luangkan masa sekejap.

Dengan Dato' KP. Masa ni Dato' Pengarah konon-konon taknak join amik gambar. Buat muka toye je perati perangai anak-anak buah satu-satu.

Lepas tu sengih-sengih, menyelit jugak sebelah Dato' KP

 Us...the commitee..part of it.




Last but not least...nak gak tepek gamba solo posing konon ayu  O____o

1 comment:

  1. Comel je tema. Menu pun sedapp.. Hihi. Salam kenal..blogwalk dan terjumpa ur link. Jemput ke blog saya ya :)

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015