Thursday, September 18, 2014

Shy Boy..


Rentetan dari pembelajaran tentang aurat, nowadays, Faheem refuses to wear short pants and sleeveless shirt.
Bila bagi pakai seluar pendek yang di bawah lutut kalau berdiri, dan menampakkan lutut bila duduk dan melompat-lompat, dia asyik tarik baju to cover his knee.
Pastu mula datang menempel kat ummi, pegang-pegang lutut dia..
"Nampak lutut lah ummi....Nak tukar seluar panjang. Taknak seluar ni..."
Seluar 3/4 pun dia taknak pakai dah. Tak menepati piawaian dia. Walaupun ummi kata seluar ni boleh pakai sebab bawah lutut, tak nampak aurat Faheem, dia still refuse.
Sleeveless pon. Aku kata boy boleh pakai sleeveless sebab aurat boy dari pusat sampai lutut.
Dia tetap taknak, malu katanya.

Hari tu masa kat rumah Tok Ma, pakaikan seluar pendek dan sleeveless, pastu ada orang datang.
Faheem terus jadi resah, duduk menempel, tunduk kepala pandang lantai je.
Bila tanya kenapa, dia macam mendengus.
Tak lama pastu dia cakap.
"Taknak baju ketiak ni...Orang nampak lutut ni...Nak tukar baju lain.."
Sambil tangan berpeluk tubuh cover ketiak kekdahnya dan sesekali tarik baju nak tutup lutut.

Recently mak pun cakap, Faheem bising bila bagi pakai seluar pendek. Mengamuk nak seluar panjang.
Tapi ummi bekalkan seluar pendek je, selain seluar tidur lah.
Not that I didn't notice his disfavour of short pants..
Sedar dia dah develop perasaan malu dan he knows aurat dia takat mana, cuma saja biarkan dulu.
Sebab dia masih belum mumaiyiz, pada perkiraan umur.
But now that he insist on wearing long pants and sleeved shirt, eloklah.
Alhamdulillah. Mudah-mudahan kekal sampai dewasa.

But, not only that.

Tengok orang lain berpakaian 'tidak sepertinya' pun dia boleh komen.
One night kami di kedai makan. I notice ada 2 ladies baru masuk ke gerai berpakaian tak semenggah, sit not far from our table. Kalau dari kedudukan Faheem, memang betul-betul depan mata dia.
Tengah makan, suddenly aku dengar Faheem macam mengomel seorang diri. Aku cuba rapatkan telinga, nak dengar clearly apa dia cakap...
Rupanya dia dok bebel, "Eii..Gelilah...Nampak tiak.."
"Siapa?"
"Tu..." sambil muncungkan mulut ke arah orang yang dimaksudkan.
Lepas tu panjanglah soalan dia.
"Kenapa kakak tak tutup aurat, ummi? Kakak tak malu ke ummi? Kenapa kakak pakai macam tu?"
Jenuh juga ummi nak menjawab.
But syukur Alhamdulillah, abang tahu ia salah. Hopefully nanti abang boleh tegur ummi & adik-adik, kalau pakaian kami tak patuh syariah. 
Ummi pun kena sokmo berpakaian sopan walaupun kat rumah 'O_o, 

My shy boy. Ustaz wannabe, InsyaAllah.

No more shorts, even pakai jersi bola pun. Sengaja tutup muka tanda malu. 


1 comment:

  1. Bijak faheem...suka tengok cara ily didik anak-anak..kita masih mencari method sesuai..sebab kita tgk rizq sangat dependent just like me..hehe..

    happywaytales: all about me

    ReplyDelete

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015