Tuesday, October 7, 2014

Aidiladha 2014



Seperti kebiasaan semenjak berkahwin, raya qurban bukan lagi sesi lepak-lepak di rumah tengok tv, tunggu orang datang agih daging qurban ke rumah.
Our raya qurban adalah tersangat busy since kami buat sendiri. 

Tahun ini, awalnya desas desus Ma kata taknak buat dah tahun ni. Tak larat. Ma pun tak berapa sihat sebenarnya. Tapi since ada yang nak buat aqiqah, maka buat jugak lah. Untuk aqiqah ada tiga bahagian. Dah alang-alang, mana yang ada rezeki lebih, menyelit jugak lah ambil bahagian untuk qurban.
Dan dalam pada taknak buat, this year yang paling banyak pulak. Sebab ramai sedara mara, kawan-kawan Ma yang nak ambil bahagian. Ma nak tolak pun, tak sampai hati..
Jadi, takpelah, sama-samalah kita memeriahkan..
Alhamdulillah 8 ekor lembu selesai di qurbankan.


Kambing tanduk macho pun ade?
Jadi tumpuan pulak bebiri ni. Tapi bukan hak kami. Ni biri-biri milik Pakistani yang sewa rumah sebelah Kak Na. Mereka buat pesta Pakistan, buat BBQ kambing. Perggghhh..

 Melawat kawasan. Penggeli sikit abang ni. Puas die jalan mengelak darah lembu dan poo-poo lembu yang berselerakkan atas tanah.. Tapi tetap sibuk nak melawat kawasan.. Adeiii..

 Tahun ni, aku volunteer untuk masak untuk orang-orang yang nak buat kerja sembelih, melapah semua. Selalunya, aku cuma jadi assistant je. Tolong-tolong mana yang mampu je. Tapi Ma kan tak berapa sihat. Kak Na yang selalunya jadi second chef pun agak occupied dengan anak-anak plus dia nak buat aqiqah pulak the next day. Aku pun suarakanlah hasrat hati kat my zawj, ok ke kalau aku nak masak. My zawj ok je. Kak Na pun mengalu-alukan aku untuk meriahkan dapur rumah dia.

Tapi tahun ni takdelah rendang bagai. Aku masak mee tomato je. Kak Na buat nasi impit kuah kacang, kuih muih order sajoh. Dan ada jugak makanan yang dibawa oleh mereka yang ambil bahagian.

Anak-anak memang bergembira sakan. Dari minggu sebelumnya lagi masa abi dan pakcik-pakcik sibuk bersihkan kawasan, gali lubang, buat pancang. Excited anak-anak tengok. Tambah-tambah bila ada excavator tolong gali lubang untuk humban tulang belulang dan isi perut lembu.
Bila lembu dah sampai, semangat masing-masing tengok lembu naik lori. Both Faheem dan Faqeeh, bertalu-talu serang ummi dengan soalan bertubi-tubi. Kenapa sembelih? Kenapa takbir? Kenapa ikat kaki lembu? Kenapa darah? Kenapa abi duduk atas lembu? Kenapa itu? Kenapa ini? 



Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Hujan pun turun selepas selesai semua kerja melapah. Alhamdulillah. 

The next day pulak majlis aqiqah anak-anak buah kesayangan hamba. Raja Emir Saiiful Islam dan Amani Khalilah..

Dua hari makan berlaukkan daging. Daging goreng kicap manis, daging balckpepper, gulai daging, sup tulang...Hmmmm..Walaupun kuantiti nasi dikurangkan, tapi meratah daging je dah berpinggan. Tambah dengan makanan sampingan i.e kuih muih pelbagai jenis lagi..Adehhhh...Balik, timbang berat, geleng-geleng kepala. Huwaaaa..Nasib kau lah badan..Dah tuan kau makan tak beringat. Semua pun bedal je.

No comments:

Post a Comment



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015