Thursday, January 21, 2016

Dinoscovery @ Avenue K


Throwback.
Masa cuti panjang Maulidur Rasul - Krismas hari tu.
Plan asal nak bawak Mama Ayah balik Kelantan. Tapi tak jadi sebab Faqeeh tak sihat. Demam on and off.
Masa decide nak pergi Dinoscovery ni, segar sikit dah. Tu yang selamba terjah. Last minute punya decision. Tak plan pun. Lepas solat Jumaat, zawji tanya nak pergi mana. Saja lah suggest bawak anak-anak tengok dinosaur. Terus siap-siap dan zassss keluar.

Naik LRT je. Senang, tak payah fikir parking ke apa. Tapi kena berhati-hati jaga anak-anak lah.

Dinoscovery ni dekat tingkat 4.
Masuk Dinoscovery, dapat map ni, vest, RFID wristband and torch light. Wristband tu nanti guna untuk selesaikan quest. Harga tiket tak ingat dah. Kanak-kanak above 60cm dah kena bayar. 60cm tu tinggi mana je hoii.. =__='

Rupa dalam map. Ada misi yang perlu diselesaikan. Tampal sticker based on clue given.

  Ada test juga to qualify for Junior Paleontologist Expert. Soalan bocor ni..huhu.. Siap skema jawapan lagi. huhu..

Masa nak complete kan quest tu, sepanjang track quest tu gelap. That's why dia provide torch light. Dan tak boleh snap gambar. Huhu.. 

Dah lepas quest area tu, boleh lah nak snap gambar. 
Encik Dino.

FH and FQ the dino conqueror. hihi.. Kabur pulak gambo ni. Haihh..

Baby dino??

Volacano games. Masukkan bola-bola dalam lubang petak tu, later on bola-bola tu akan melompat keluar dekat atas. Seronok budak demam mengutip bola.

Archeologist in action. Cari fossil ke, buat sand castle ni?
Dino jinak. Siap berpimpin tangan lagi. ^___^
Ni dia snap masa awal-awal masuk. Dekat green screen. Gamba background tu ada 2. Volcano dengan T-rex ni. So, I choose T-rex.

Ni dekat belah luar. Ade maze. Faheem memang suka lah benda macam ni.


Dekat level yang sama, ada macam rooftop garden. It's a day before Christmas kan. Adalah event kat situ. Siap ada Santa and Clown. Faheem takut dengan orang yang pakai costume pelik-pelik ni. Memang dia peluk erat je lah ummi nye. Santa bagi gula-gula pun dia tak layan.
Then Santa tu cakap ada snow, Faheem tetap buat tak tau. Ummi je gelabah bergambar dekat 'snow'.
Faheem cakap, "Apalah orang tu cakap snow. Itu bukan snow. Itu bubble je. Bukan snow pun. Abi je pernah main snow. Abi tak bawak Faheem pun.."
Adoilaaaa.. Bijak..bijak..


My charming bodyguard  ^__^
Takyah heran lah orang laki bawak handbag ye. I kendong anak. Anak pulak nak melekat dengan ummi je, senang nak menyusu. Terpaksa lah boyfriend macho bawak sling bag.

The couple



Ni dalam Avenue K. Naik bas pun stress ke abang?

The nursing/changing room.

Nak puji sikit.
Luas dan selesa.


Boleh tertidur aku dalam ni.

Suka konsep cermin keliling ni. Nak pasang kat our humble home boleh? huhu..

Seronok lah budak berdua ni melompat dan berkejaran dalam tu. Heaven.



2 comments:

  1. Tak pernah tahu pun tempat ni! Macam best je, nak bawa anak anak la nanti! Thanks Ily ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade mini wall climbing dalam tu..hihi.. Let the kids try :)

      Delete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015