Tuesday, January 5, 2016

Warna-warni Hari Pertama Persekolahan 2016

Semalam kalau tengok dekat FB memang rata-rata update pasal hantar anak ke sekolah. Especially those yang first time bersekolah.
Aku pun tak ketinggalan..heheh..Nak jugak join sekaki..

Tahun ni, Faqeeh join abang masuk sekolah. Beza setahun je kan.Hihi.. Abang 5 tahun, Faqeeh 4 tahun. Baru je genap 3 tahun, dah kena masuk sekolah..Hai lah Faqeeh.. Lahir hujung tahun, macam tulah kan.. Bertabah lah ye.. Silibus 4 tahun sikit je. Takde homework sangat pun.Buku pun tak banyak. Nak bagi awak mingle around je dulu.

Sejujurnya, aku tak risau sangat reaction anak-anak on their first day. Sebab they basically dah biasa dengan the surrounding of their school, dah biasa dengan cikgu. Faqeeh pun dah selalu join aktiviti sekolah last year.
Yang aku risau, kalau dua beradik ni buat aksi gusti di sekolah..Haru cikgu nak melayan nanti..huhu..

So far, 1st day seems ok.

Mula-mula intai dari luar je. Malas nak masuk. Intai Faqeeh je pun. Faheem tu abang long kawasan. Tak payah risau dah pasal dia. Faqeeh ni, I was surprised tengok dia duduk diam je tak bergerak from his chair. Faqeeh selalunya super friendly, rajin tegur orang. Pantang nampak orang yang sebaya dia, semua dia claim as his friend. But his 1st day at school, dia duduk, observe his surrounding. Jughuh molep abe weiii..
 

Dalam pada taknak masuk, cikgu heret suruh masuk jugak. Huhu.. Tolong cikgu uruskan parents yang nak register dan buat payment sementara cikgu handle anak-anak Pasti yang comel-comel belaka. Terus aku pun dapat title cikgu pagi tu. Parents yang datang semua panggil aku cikgu..Kehkeh.. 

Perhimpunan pagi.

Look at his face. Takde perasaan ke apa?

Usha je abang 5 tahun belakang dia tu menangis tersedu-sedan. Expression dia macam "Ko dah kenapa ni bang? Nangis tak berhenti?" Haha.. Tapi walaupun abang tu menangis sampai hancur tisu dia tu, bila cikgu suruh angkat tangan baca ikrar, dia tetap follow. Bagus betul. Sedih, tapi tetap bersemangat.

First day tak payah nak serius sangat belajar. Buat aktiviti santai je dulu.

Mood nak berkawan belum datang lagi. Observe..Scan dulu..

Cikgu bagi aktiviti mewarna. Baru warna satu huruf, mata mellilau tengok orang lain. Scan lagi...

Abang selamba je. Dapat mewarna, memang seronoklah dia.

Sekejap je dah siap. Dapat A dan bintang-bintang berkerlipan..hihi,

Faqeeh kena remind banyak kali suruh siapkan warna. Orang dah nak makan, dia belum siap lagi.

Completed at last. Alhamdulillah..

Aku stay sampai waktu makan. Dalam pukul 10.30 macam tu. Bukan sebab nak monitor anak pun. Tolong cikgu sikit-sikit. Sambil jadi cikgu sandaran.. Nak sahut cabaran menteri, buat dua kerja.. haha.. Aku tak cuti pun sebenarnya. Mintak izin masuk office lambat sikit je. Last year masa Faheem register aku tak stay pun. Huhu..

Overall, their first day berjalan lancar. Syukur Alhamdulillah.

Seconda day, Faqeeh dah dapat tune agaknya. Tak se-jughuh first day dah. Adoiii.. Dah mula menunjukkan diri yang sebenar.. Sabar je lah. Jangan buat cikgu pening kepala layan perangai awak sudah lah ye..

Sokmo nak buat mata kenyit, tayang gigi takde pagar tu..

Ni bukan muka protes taknak pergi sekolah. Saja konon-konon buat serius.

Semangat sungguh anak-anak ummi belajar.

Abi kata, Faqeeh sedang berceloteh cerita pasal abang kepada kawan-kawannya. "Faheem kan...(bla bla blaa..) Faheem kan...(bla bla bla..)". Habislah abang, awak tak boleh jual minyak. hahaha.

Dan Faqeeh sudah mula tak boleh duduk diam.. =___='

Ummi doakan anak-anak ummi dilapangkan dada, diterangkan hati, diberi ketajaman akal, mudah terima ilmu, fasih pertuturan. 
Allhumma faqihnafiddin wa'alimna ta'wil.
Semoga kalian menjadi insan yang berguna dan bermanfaat, penyumbang kepada pembangunan ummah dan agama. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memelihara kalian, terhindar dari tangan-tangan yang zalim, terhijab dari insan-insan yang berniat jahat. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.
Ameen ya rabb.

2 comments:



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015