Tuesday, January 5, 2021

Telekung dan Sejadah Untuk Fatima by Dania Closet


Kisahnya, mek Fatima yang dah nak masuk usia 2 tahun ni, tiap kali kami bersolat dia nak ikut sama, Alhamdulillah.

Bila abi arahkan abang-abang ambil wudhu', diapun sama menggelabah , eh silap, dia lebih menggelabah dari abang-abang, terus meluru ke bilik air sinsing lengan baju dan kaki seluar, sambil mulutnya muncung-muncung sebut uduk..uduk..olat..berulang kali..Walau yang dibasuh cuma tangan dan kaki, ok lah kan. Nanti slowly kita belajar anggota wudhu' dan cara wudhu' ikut tertib ye sayang.

Selepas dia kelam kabut ambil wudhu', dia akan kelam kabut cari tudung pula. Ada sekali tu, ummi dah nak mula solat. Dia nak kelam kabut pergi ke drawer baju. Mulutnya asyik sebut tung..tung..tung... Ummi tak faham awalnya, dan terus bersolat. Usai solat, mek ni ada sebelah ummi dengan turban scarf ni haa yang disarung sendiri entah macam mana gaya. Fahamlah ummi, dia cari tudung rupanya. 



Melihat kesungguhan dia untuk turut sama solat lengkap bertudung/bertelekung, ummi cubalah nak cari telekung untuk dia tapi tak banyak pilihan untuk usia bawah 2 tahun. One day, ummi nampak geng happy november, Akak Ir. Tailor Jadian,  post telekung hasil jahitannya dalam FB Dania Closet. Akak ni memang pandai menjahit. Walaupun menggelar dirinya Akak Ir Tailor jadian, tapi hasil jahitan dia memang menjadi-jadi..hihihi.. Kalau sebelum-sebelum ni Akak Ir. Tailor jadian jahit blouse, baju kurung tapi tak nak open untuk tempahan.. Untuk telekung ni, ummi mencuba nasib nak tempah untuk Fatima. Sekali Akak Ir Tailor Jadian bagi greenlight, kalau nak order kena beli kain sendiri. Zass ummi beli kain ikut measurement yang Akak Ir. Tailot Jadian bagi.. Untuk besar Fatima ni, pakai 2 meter kain untuk sepasang telekung. Tapi ummi beli kain lebih, nak buat sejadah. Niatnya nak buat sendiri je. Masa bagi kain dekat Akak Ir. Tailor Jadian, ummi mentionlah kain lebih nanti ummi nak buat sejadah. Sekali Akak Ir. Tailor Jadian buatkan 1 set, sepasang telekung dan comfy sejadah untuk Fatima solehah.

MasyaAllah.. gembira betul ummi dengan hasil jahitannya. Elok terletak bila dipakai Fatima.



Abaikan saja kaki abang tu ye..huhu..




Alhamdulillah, Fatima pun gembira ada telekung sendiri. Ini ekung imaa, ni adah ima..ni ima nyeee (Ini telekung Fatima, ini sejadah Fatima, ini Fatima punya)... Dan tiap kali nak solat, seperti biasa Fatima akan kelam kabut ambil wudhu' dan pakai telekung. 
 




Niat ummi nak bagi Fatima gembira dan suka bersolat. MasyaAllah Tabarakallah..Bahagia ummi rasa bila tengok Fatima suka nak solat sama-sama walau pada usia yang masih kecil. Moga dengan asbab menghadiahkan Fatima sepasang telekung kecil dan sejadah ini akan jadi permulaan yang baik untuk Fatima terus menunaikan solat tanpa gagal, insyaAllah, dan jangan lupa titipkan doa buat ummi abi ye..Terima kasih Allah atas kirimanMu yang tidak ternilai ini. 
















1 comment:

  1. masyaallah..semoga semakin happy dalam beribadah..alahaii comei nyaa

    ReplyDelete



Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015