Monday, May 31, 2021

Selesai Puasa 6 Syawal & Total Lockdown

Alhamdulillah hari khamis lepas selesai sudah puasa sunat Syawal. Syukur sangat sebab tahun ni diizinkan Allah untuk puasa penuh di bulan Ramadhan, dan seterusnya berjaya selesaikan puasa sunat Syawal. Tapi ade hutang lagi ganti puasa tahun lepas. So, insyaAllah minggu ni sambung lagi puasa 6, baru betul-betul raya. hihihii...,

Hari jumaat pula, PM siar kenyataan media yang memutuskan total lockdown selama 14 hari bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 asbab kes Covid-19 yang naik mendadak sehingga 9000 kes sehari, ditambah pula dengan bilangan kematian yang mencatatkan angka sehingga 90+ kematian sehari dengan peningkatan kes brought in dead (BId)..  Sedih dan risau tengok statistik semasa. Ya Allah, Kau angkatlah virus ini dan campakkanlah ia jauh dari bumi ini Ya Allah. Apapun, it's up to us now. To me, kerajaan dah cuba laksana penguatkuasaan sehabis baik. Mungkin tak sempurna, ada cacat cela here and there, tapi begitu jugalah kita. Ia tanggungjawab kita semua, bersama-sama. Jangan hanya berdegar melaung kerajaangagal sini sana, hakikatnya, kita juga rakyat yang gagal. Semoga semua rakyat Malaysia pikul tanggungjawab untuk melandaikan lengkung statistik kes Covid19 ini bersama-sama. Together, we can make it. Kesian sangat dekat frontliners yang berjuang bertungkus-lumus, berhempas pulas tanpa jemu for more than a year dah. 


Sempena meraikan Raya kali kedua, berpulut kuning, nasi impit dan rendang paru lah kita di hari Ahad. Khamis habis puasa, Ahad baru nak sambut raya. haha.. Rendang paru tu actually mama yang order. Mama order rendang paru dan paru berlada. Then suruh anak bertuah dia ni datang pickup.. Pucuk dicita ulam mendatang la. Tambahan pula, memang dah berapa hari asyik terbayang je dalam kepala nak masak rendang paru. Tiba-tiba ia memunculkan diri. Mama ni ada ilmu telepati agaknya.. hihi.. Thank you my lovely mom, my syurga..

Pulut kuning tu, ade setengah kilo. Asalnya nak masak separuh je, tapi rasa macam sikit je pulak. Perabis la semua. Dah siap, macam banyak la pula. Anak teruna nombor dua pula, selalunya dia yang rajin makan pulut.. Kali ni dia taknak makan..Frust mak oihh. Dia kata nak pulut warna putih..Taknak yang kuning. Nak makan dengan mangga je. Bertuah sungguh la yang sorang ni. Memang sedikit picky dan rajin bagi komen jujur mengguris hati. hahahahaha..  

Memandangkan pulut banyak lagi, petangnya ummi pesan kat abi belikan mangga atau durian. Abi bawa balik durian je. Oklah, ummi buat kuah durian. Ingatkan nak la anak teruna nombor 2 tu jamah sedikit pulut. Tak jugakkkk. Hurmm.. dah lah. Taknak makan sudah. Malas nak paksa-paksa. 


Wednesday, May 26, 2021

Pertarungan Sengit Merebut Slot Temu Janji Vaksin AstraZeneca

 

Last week dibuka pendaftaran temu janji sukarela bagi vaksin AstraZeneca untuk warga emas, berusia 60 tahun ke atas.



Laju-laju ummi call maktok tanya nak daftar tak, since kalau tunggu turn daftar mySejahtera tu mungkin lambat sebab register lambat.. Maktok kata ok, cepat-cepat daftar untuk Maktok dan Tok Ayah. Alhamdulillah mudah je dan dapat booking slot 12 Jun for both of them. 


Pagi tadi check, dah ada butiran temujanji dah pun untuk insan kesayangan hamba berdua ni..Alhamdulillah..



Hari ni juga, pendaftaran dibuka lagi untuk yang berumur 18 tahun hingga 60 tahun pula pada jam 12 tengahari. Ummi dah standby je phone di tangan, dok refresh mysejahtera dan web www.vaksincovid.gov.my tu... 12.15 to 12.30 macam tu baru muncul butang mohon/daftar tu..



Berbunga lah hati kita kan.. Dah isi details, sekali tekan butang negeri, tak keluar senarai PPV dan tarikh..Banyak kali lah refresh dan retype semua.. Bila dah dapat klik tarikh pilihan yang masih berwarna hijau (nota: tarikh masih available).. Dia loading pusing pusing pusing.. Tiba- tiba keluar tarikh pilihan dah penuh.. ulang lah balik proses daripada awal. Refresh retype klik klik semua. Rasa macam dah duaratusnamplohpat kali ulang benda sama smpai jari pun lenguh dan kematu..hahahaha..

Berpuluh kali la klik  benda ni.. Inipun mujur dia muncul. Sebelum tu puas klik WPKL tak kunjung tiba pun senarai PPV dan tarikh pilihan. Sadis.


Lama nau tunggu loading..


Sekali ini yang muncul. Hampa.




Kesudahannya...

Setelah ratus ribu kali refresh tekan klik taip semua... Permohonan ditutup.. huhuhuhuhu.. Takde rezeki nampaknya setelah sejam berjuang demi sesi dating dengan AstraZeneca. Redha je lah setelah berusaha dengan gigih. kita cuba lagi dilain masa..  InsyaAllah.


Terasa macam zaman uni dulu, menunggu result exam semester published dalam web uni.. Macam tulah berperang nya, demi nak tau result antara terawal disamping menghilangkan debaran dan keresahan yang lama ditanggung setelah bertarung satu semester gituu.. Dan taknak juga dapat khabat berita result kita daripada orang lain. Spoiler gituhh.. Boleh buat hilang mood.hahhaaha.. Tah pape lah kan..

Haa.. kesimpulannya, ramai dah ada awareness tentang keperluan vaksin covid ni dan kepentingan mewujudkan herd immunity, hence traffic server vaksincovid tu jam dan crash akibat ramainya berpusu-pusu nak merebut ruang dan peluang untuk dapatkan vaksin despite of tunggu turn yang dah daftar mysejahtera dulu which untuk umur kami ni, belum nampak cahaya bila nak dapatnya. Hope kerajaan dapat improve la server ke apa yang sepatutnya jika buka lagi peluang macam ni(which i hope sangat ada). Meanwhile, kita berdoa semoga dipelihara dan dilindungi Allah daripada dijangkiti wabak Covid19 yang sedang mengganas dengan VOC baru yang lebih agresif. Berikhtiar dengan cuba menjaga SOP sebaik mungkin, self lockdown, keluar hanya bila betul-betul perlu sahaja..

Ya Allah, Kau angkatlah wabak Covid19 ini dari muka.bumi Mu..Allahumma ameen.

Monday, May 17, 2021

BacaBuku: Trilogi Gelombang Baru.. Sesuai untuk Anak Remaja

Bought this set of books for Faheem & Faqeeh (dan adik-adiknya kelak) around awal tahun hari tu kalau tak silap..

Ummi rasmi baca dulu lah..

Masa baca sinopsis/review sebelum beli, kira ala-ala macam baca novel bersiri Tingkatan 1 di Seri Melur dan seangkatan dengannya.. Girls who reads, knows la kan ...hihi..

This books berlatarbelakang kan sekolah menengah di ceruk kampung, sekolah agama rakyat yang dhoif to be exact, dan fokus utama adalah pada pasukan bola tampar sekolah yng dibarisi oleh sekumpulan pelajar yang bermasalah dalam akademik, tidak mempunyai akhlak yang cantik, kurang beradab dan tiada kerjasama serta keserasian sesama mereka. 

Kehadiran jurulatih baru telah membawa perubahan yang besar kepada pasukan ini, tidak hanya pada prestasi mereka dalam sukan bola tampar, malahan sahsiah  jatidiri mereka juga. Semuanya atas prinsip tarbiyyah islamiyyah dan suka sebagai wasilah dakwah.. Seronok baca, sesuai sangat untuk anak remaja.. Watak jurulatih yang tenang bersahaja dan sangat positif dalam semua situasi serta sering menuntun dan memimpin kembali anak-anak didiknya agar kembali ke landasan yang sebenar, yakni mengembalikan semuanya kepada Allah SWT memang sangat terkesan. 


Ummi pun terus feeling remaja bila baca tau.. Sambil baca sambil throwback zaman kegemilangan berlari melompat atas court netball dulu... Part tarbiyyah tu pun sedikit sebanyak terkesan..Though kami sekolah teknik (asrama harian) di tengah bandaraya KL yang penuh pancaroba (haha), tapi macam sekolah agama ye.. training netball tak boleh sinsing lengan (t-shirt memang wajib long sleeve), kaki seluar tak boleh lipat, tudung yang sememangnya diwajibkan pakai, tak boleh selempang or ikat belakang..huhu..Bersukan tanpa mengorbankan aurat.. Walau lawan kami ada yang berskirt pendek..  hihi... Ahhh.. rindu bertandang lagi..

Banyak ibrah yang boleh dikutip tau dari novel ni. Sangat memotivasi & menginspirasi kan..

Antara yang ummi belajar, new word untuk ummi..

TAWAZUN..
keseimbangan



1 set yang mengandungi 3 buah buku, dengan ketebalan almost 300 pages each, ummi habiskan baca dalam 2 hari. Tak sabar nak tahu ending uii..Memang worth to read sangat. 


Hilal Asyraf(Official) , thumbs up for hasil nukilan yang menginspirasi.. Banyak nasihat halus yang boleh dikutip dan diselitkan dalam kehidupan. Moga anak-anak have the same positive vibes reading these books. Dan harap sangat ada kesinambungan cerita ni.. haha.. susahlah ummi dah terjebak ni..

Thursday, May 13, 2021

Salam Aidilfitri 2021

Assalamualaikum wbt..
Salam Aidilfitri 1442H / 2021
Raya PKP 3.0
Raya norma baru
Raya di rumah sendiri
Raya tanpa ziarah 😥🥺

Raya tahun ni memang amatlah berbeza. Tahun lepas, at least masa raya tu curve dah menurun dan dibenarkan ziarah raya pada 1 Syawal dengan kapasiti terhad. Tahun ni ziarah raya walau dalam daerah yang sama pun tak dibenarkan. Pasrah je lah memandangkan gelombang ke 4 ni makin tinggi puncaknya.. Daily cases main angka 4 ribu dan death tolls 20+ per dah.. 

Kita masih belum menang, tapi pasti menang dengan izin Allah..
Bersabar dan bertawakallah kita menjaga diri dan sesama kita.. 

Tapi, nak biarkan raya berlalu pergi tanpa memaknai nya, rasa tak wajar pula. Tambahan, anak- anak yang berjaya berpuasa, baik yang penuh mahupun yang acah-acah puasa, haruslah diraikan. Hari raya kan hari kegembiraan, dan hari meraikan kemenangan. Jadi kita tetap beraya..


Hidangan juadah raya dari ummi's humble little kitchen..

Rendang daging, rendang ayam nogori dan kuah lodeh.. Semuanya ikut resepi Che Nom. Hihi..



Simple celebration je. 
Oh.. Alhamdulillah Allah izinkan Ummi berpuasa penuh tahun ni. Syukur sangat. Sebab yang nak diganti tahun sudah masih berbaki belas hari dan carry forward ke tahun ni.. Sekurangnya Ummi hanya tinggal melunaskan hutang baki tertunggak tanpa tambahan hutang lagi. Hihi..

Alhamdulillah juga kerana berjaya khatam Quran di bulan Ramadhan kali ni walaupun Ummi bukanlah bermula dari juzu' 1 dan sekadar menyambung bacaan terdahulu. Moga Ummi mampu istiqamah untuk terus melazimi bacaan kalam suci Allah, bukan hanya dalam bulan Ramadhan sahaja, insyaAllah.


Dalam kemeriahan, keseronokan kita menyambut raya, biarpun sekadar raya di rumah saja... jangan lupa panjatkan doa kepada Allah ya Malik ya Khaliq y Bariy buat saudara Islam kita dia Palestine.. moga Allah titip kemenangan buat mereka..




Wednesday, May 12, 2021

Minggu Terakhir Ramadhan 1442H

 Masa benar-benar mencemburui.. Tak sedar ia pantas berlalu pergi, meninggalkan manusia terkapai-kapai mencari diri dan memburu al-Qadr..

22 Puasa
Berbuka di Ampang hari ni. Kebetulan mama pun ada pesan belikan barang. Bolehlah pass over barang mama sekali. Hihi..

Lauk masak lemak ketam dengan ikan keli goreng. Bulan puasa ni rasanya dah 3 kali ayah ni ketam..Ummi singgah beli takoyaki dekat taman putra. Ambil flavour spicy kali ni. Saja nak cuba. 

23 Puasa
Hari ni berbuka di rumah saja. Ummi dah bawa keluar ikan bawal, tapi Abi kata nak beli Texas Chicken. Ummi ok je. Masa yang biasanya spend untuk masak tu bolehlah lah Ummi mengaji Quran semuka dua.


24 Puasa
Berbuka di Ampang lagi memandangkan hari ni sekolah abang-abang ditutup asbab arahan PKP bagi 6 daerah di dalam negeri Selangor. Maka ke rumah mak tok lah abang besar berdua untuk sesi kelas secara online. Manakala abang kecil berdua dan nak gadis dua ketul ke tadika dan pengasuh seperti biasa.

Mokcu masak opor ayam hari ni. Allahuuu.. Lauk favorite juga ni. Berpinggan lah Ummi makan. Haha..

25 Puasa
Masih berbuka di Ampang gara-gara Ummi ada sesi running man di lagi hari yang mengakibatkan Ummi lewat masuk office, maka lewat jugalah pulangnya. Huhuhu..

Apa pula kisah running man ni??
Kisahnya pagi-pagi abang kecil Fathan yang Soleh nak berbasikal ke tadika yang almost 300m juga kot jaraknya. Abi minta dia standby tepi jalan, dan suruh follow tepi kereta Abi sampai ke sekolah. Tinggi sungguh tawakal Abi. Ummi yang tak berapa kuat bertawakal ni, terus campak beg dalam kereta dan berjalan kaki escort Fathan berbasikal sampai sekolah while Abi dengan Fathiy follow dari belakang. Jalan nak ke sekolah tu bukanlah lurus je, berbelok dan bersimpang. Haih..berbukit juga. Lencun juga lah Ummi di pagi hari 🥺😥 

Sempat abi rakam video ye..huhu..

Lepas tu Abi hantar Ummi ke LRT pula. Halfway perjalanan dalam LRT nak ke office, Abi mesej informing kunci rumah tiada. Ummi seluk dalam handbag. allahuuu. Kunci rumah Abi dalam beg Ummi. Gara-gara kalut nak escort Fathan tadi, lupa terus pasal kunci. Ummi turun di Pudu, patah balik ke Pandan. Pass kunci dekat Abi, then naik balik LRT ke office. Panas juga muka dan hati menahan geram. Marah pada diri sendiri yang tercuai. Sudahlah Ummi ada majlis khatam tadarus Quran pagi tu. Memang berkejaran sungguh. Sampai office termengah mencungap mencuri nafas sebelum masuk ke dewan untuk majlis khatam quran. 

Menu berbuka hari ni, Ummi lupalah. Haha. Nampak tak hari yang serabut itu??

Memandangkan ummi dah start cuti nak sambut raya, saja tinggalkan planner ni ternganga atas meja supaya masuk kerja nanti terus alert milestone dan dateline kerja yang menanti..


26 Puasa
Hari ni sibuk membeli barang dapur. Macam-macam dalam kepala otak ni nak cuba masak. huhu..
Dah penat membeli dan menyimpan semua, masak pun ala kadar jelah. Ummi masak sambal tumis sotong guna ibu sambal yang ummi dah prepare stok sebelum puasa. Then tumis sayur kobis, lobak dan cendawan tiram. Ummi rasa macam ada menu lain je hari ni. Tapi ummi dah lupa.. Hahaha..Teruk nau ingatan ummi ni... Haa, dah ingat.. Ummi panaskan kuah laksam dan celur laksa panjang. Tapi laksa perangat lagi laku dari nasi. Jadi, lauk boleh la simpan untuk sahur..Namun, bila ummi bangun malam tu, umi tengok sambal sotong dah tinggal berapa ketul je.. Hahaha..Anak-anak teruna mencari nasi pula rupanya malam tu.


27 Puasa
Gara-gara sambal sotong yang susut isinya malam tadi, sahur ummi tambah lah telur goreng kicap.


Berbuka pula ummi masak soto ayam. Kalau tahun lepas ummi ada story pasal soto yang pelik, kali ni insyaAllah tak pelik dah. Hihi... Last time ummi beli rempah soto. Kali ni ummi beli paste pula. Dari brand yang sama, Adami. Alhamdulillah tak rasa pelik dah.


Penuh meja kecil kami. haha.



Sempat juga ummi merendang sedikit. Buat rendang ayam nogori. First trial ni. Ni masak memang untuk frozen dan dipanaskan pagi raya nanti. Biar basah-basah sikit. Nak panaskan nanti baru keringkan sedikit kuahnya.


28 Puasa
Awal pagi Ummi dah request pada Abi, nak berbuka dengan nasi kerabu. Malas nak memasak hari ni. Haha.. Tapi dalam pada malas, Ummi cuba juga buat kuih seri muka. Ini cubaan pertama Ummi. Rupanya agak kurang berseri seperti namanya sebab Ummi taknak letak terlalu banyak pewarna. Rasanya, bolehlah.. tidak terlalu manis. Kalau yang gemar manis-manis buah, dah ok rasanya. Tapi Ummi rasa kena tambah sedikit lagi gula untuk imbang kan lemak masin pulut dengan manis lapisan pandan di atas.

Kuih seri muka untuk diberi pada jiran


Berbalik pada nasi kerabu, tiada rezeki Ummi.. kedai tutup. Tapi Abi bawa pulang dua bungkusan nasi beriani dari office, dan Abi singgah beli 2 bungkus nasi tomato. Eh, bukan beli. Niatnya memang nak beli, tapi tuan kedai kata ambil saja sebab ada hamba Allah infaq.. MasyaAllah tabarakallah. Moga makin murah dan lapang rezeki hamba Allah tersebut dan dipermudahkan setiap urusannya..Amiin.

Berita tak berapa nak gembira.. Hari ni PM umum PKP 3.0. PKP seluruh Malaysia. Dan lebih sedih ziarah raya dan ziarah kubur di pagi raya tidak dibenarkan. Ziarah raya hanya dibenarkan bagi seisi rumah. Ziarah gapo dio lagu tuu gakk?? 


Ziarah dari bilik ke dapur, dapur ke tandas... Hahaha..Jangan lupa scan QR code ye..🤭


Pasrah dan berlapang dada sajalah. Walau rumah mama hanya kira-kira 10mins distance, apakan daya...Selaku penjawat awam, terpaksa lah Ummi obey..Kalau ingkar, buruk padahnya..


29 Puasa
Jemu dengan nasi. Hari ni Ummi masak mee tomato, menu kegemaran keluarga besar Mama. Kalau berkumpul adik beradik, saudara mara belah mama, ni boleh dikatakan menu wajib. Kadang-kadang abang dan adik-adik mama nak datang rumah dan siap-siap request menu mee tomato..hihi.

Menu sampingan, kek batik hasil air tangan 2 hari lepas, jemput-jemput udang dan lobak, dan sosej gunting.


Watak utama, si mee tomato.


30 Puasa
Projek merendang kononnya. Masak rendang daging setengah kilo je pun. Makanya berbuka pun makan nasi lauk rendang je lah.








Thursday, May 6, 2021

PKP..PKPB..PKPD...PKPP.....PKP..

Bersambung-sambung nampaknya.. 
Dari PKP, PKPB, PKPP....Then PKPB balik, and now PKP.



Menjelang hari raya pula tu.. 
Sebelum diumumkan PKP bagi 6 daerah di Selangor, kawan-kawan office mengusik.."Untunglah kampung satu negeri, boleh balik kampung beraya..Kami tak dapat balik kampung ni, kami nak datang raya rumah lah. Sila bersiap sedia. hihi.."

Ada yang siap beli pinggan mangkuk dan periuk baru nak menjamu tetamu sebab first time beraya di perantauan. 

Bila diumum je PKP bagi 6 daerah di Selangor...
.
.
.
.
🎼🎵  Termenung ku sendiriiiii...memendam rindu tidak menentu....🎶


Sekolah abang-abang pula, awalnya petang 5hb tu ustaz maklumkan sekolah buka seperti biasa sehingga 7 Mei 2021. 



Lepas terawikh, ummi baca mesej dalam group sekolah, dukacita dimaklumkan arahan terkini daripada JAIS, sekolah diarah tutup bermula 6 Mei 2021. Jadi, 6 Mei tu pembelajaran berjalan secara online. Pasti Fathan dan Fathiy buka seperti biasa sehingga 7 Mei 2021.


Bertabah dan bersabarlah semua 😔
Kita masih belum menang, tapi kita pasti menang, insyaAllah.
Stay safe semua.


Tuesday, May 4, 2021

Minggu Ketiga Ramadhan 1442H

 Sekejap je dah masuk minggu ketiga.. Allahu.. Pantas betul masa berjalan..

15 Puasa
Ummi masak mee kari untuk berbuka hari ni. Ini percubaan pertama ummi masak mee kari. Seram lah juga, sebab masak menu yang first time trial di bulan puasa. Tapi redah jelah. Dah teringin sangat kan. Ummi belek-belek resipi Che Nom dan juga dari laman keluarga.my. Tapi resepi Che Nom macam banyak sangat bahan dan macam tak sempat je untuk ummi marathon. Resepi satu lagi lebih ringkas. Namanya pun cara mudah masak mee kari yang sedap..hihi...Kita mix and match ikut apa yang ada lah ye.

Alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan walaupun bahan ada yang kurang dan warna kurang naik berseri. Faqeeh dah siap request suruh ummi masak lagi, dan extra taugeh..hihi..


Abang long pun, entah berapa mangkuk dia makan. Licin mee 1 kg. Syukur alhamdulillah.


16 Puasa
Zawji ajak berbuka di Ampang. Alang-alang nak hantar tangga katanya. Nak balik kerja, ummi singgah beli cheesy takoyaki leleh. Last time beli family pack, anak-anak berebut, tak cukup. Kali ni ummi beli jumbo pack. Makan lah sampai puas. Licin juga jumbo pun..hihi..



Maktok masak bubur lambuk. Mokcu buat masak lemak ketam. Paklong beli roti john goreng pula. Faheem Faqeeh bawa pulang daging dendeng. Meriah betul. Dek kekenyangan makan bubur, roti dan takoyaki, tak mampu dah nak sumbat nasi berlauk lemak ketam. Hajat nak tapau bawa balik untuk sahur. Boleh pula terlupa.. Tiada rezeki nampaknya.. Hahaha..Terpaksa la juga gigih memasak untuk sahur esoknya.


17 Puasa
Cuti Nuzul Quran hari ni. Kali ni ummi teringin nak buat laksam pula. Lama dah teringin nak cuba buat, tapi asyik tertangguh je hasrat tu. Abang-abang sekolah hari ni. Masa jemput abang-abang balik sekolah, sempat ummi singgah kedai beli bahan apa yang patut untuk melengkapkan misi membuat laksam ummi. Untuk kuah ummi guna ikan sardin sekilo campur seketul ikan kembung. hihi.. Leburkan dalam pressure cooker pakai mode tendon. Berderai habis tulang ikan, tak payah nak perisi lagi dah. Blend je terus dengan bawang. Laksam (yang bergulung tu) pun gigih ummi buat sendiri. Berpeluh-peluh mengukus dan menggulung. Memang sengaja nak uji diri buat laksam from scratch. Mengah betul. Alhamdulillah menjadi walau ummi rasa macam tak berapa nak Kelantan rasanya..hahaha.. Tak tahu tang mana kurang. Tapi licin jugaklah. Alhamdulillah.



Ummi buat juga puding roti sebab roti dah nak expired. Siap sos kastard warna pink.. Saja nak bagi variasi warna.


18 Puasa
Simple menu dari dapur kecil ummi, asam pedas ikan jenahak dan sayur pakchoy sos tiram..Abi beli popia basah, jiran kanan bagi donut krispy kreme, jiran kiri bagi mertabak, jiran kiri sebelah lagi bagi kuetiau goreng. Allahu Allah. Moga murah rezeki semuanya.


19 Puasa
Balik berbuka di Gombak pula hari ni. Kali ni ummi masak bubur jagung sagu. Dan singgah beli ayam golek. Sampai Gombak, nampak ayam masak lemak atas dapur. Biras Rawang bawa tomyam ayam bibik Jerman. Siap ada 2 versi, spicy dan non-spicy. Our big extended family mostly tak makan pedas. Ada beberapa orang je yang memang hantu pedas. Sedap pulak tomyam TM6 ni. Macam nak kena hasut zawji beli bibik german jugak ke camne ni?? Hahahaha.. Belum mampu ummi nak membelinya haaa..Menu lain, ayam goleh 5 bintang, kuih tepung pelita, baked macaroni, roti jala..Paling special, birthday cake untuk Ashmal yang soleh.. Happy 4th birthday Ashmal Nuwairy.


p/s: tiada gambar. Dah sibuk berkumpul adik beradik, tak ingat nak snap gambar makanan..haha..

20 Puasa
Balik dari Gombak ada beberapa tempat persinggahan. Cari adapter VGA to HDMI la, cari selipar anak-anak la..Makanya, untuk berbuka pun, kita beli jelah. Singgah Kompleks Muhibbah, zawji beli nasi ayam, nasi goreng ayam crispy, chicken chop, roti john dan mertabak. Ada juga bekalan dari biras sebelum bertolak balik, bubur pulut hitam.

21 Puasa
Sebelum balik kerja, whatsapp zawji tanya nak makan apa. Zawji kata tak kisah je (his usual answer..hihi..Tapi sungguh la dia memang jenis tak kisah. Bini masak apa pun, sedap tak sedap, dia makan je tanpa komplen..) I thought nak goreng mee je. Balik tu marathon jap dalam supermarket Sogo, capai apa yang patut dengan skala laju. Tapi tercapai juga yang tak berapa patut.. Hahaha..Biasalah ladies, list barang ada sepuluh, keluar kedai bawak 20 barang..😄

Terhasillah mee goreng simple. Bubur lambuk bekalan dari sekolah abang dan lasagna semalam yang dipanaskan. Juga buah pauh kegemaran Faqeeh.





Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015