Friday, November 8, 2013

Family Trip: Kota Kinabalu ~ #3 Flying With Malindo Air & Car Rental


Janji jumpa kat KLIA pukul 3.00 ptg..We reached there first..

Faheem seronok berdiri atas trolley camni..
"Faheem pegang kuat-kuat tau..."


Then family Abe pulak sampai...

Cousins...Kami sebaya ^___^

Tak lama lepas tu, the rest pun sampai...Kami set jumpa pukul 3.00ptg sebab taknak insiden-insiden lewat check-in dan segala drama berulang lagi..
But, eventhough dah datang awal, problem lain pulak lah..
Ni first time fly dengan Malindo Air..
To us, servis kat kaunter a bit slow...ke slow banyak?? haha...
Lama sangat-sangat nak proses...


Then seat berterabur..Bila nak pilih seat, staff kat kaunter cakap tak boleh pilih seat sebab dalam flight dah penuh..
Bila boarding, banyak lagi seat kosong. Almost half kot...Adehhhh..
Dan dek sebab kelambatan dekat kaunter, kami berkejaran nak boarding. Dahlah boarding gate nun kat hujung, A8...
Dengan budak-budak, dengan orang tua...Beristighfar je aku menahan geram..
My zawj suruh aku jalan dulu...Punyalah laju aku jalan mengendong Faqeeh..
Lansung tak toleh belakang...Bila sampai boarding gate, dah clear dah...Semua orang dah boarding, dah siap buat last call announcement lagi..
Aku mengah-mengah, toleh belakang, sayup-sayup je semua orang kat belakang..Punyalah berdesup aku jalan..

Faqeeh dengan Tok Ayoh while Abi dengan poksu settlekan pasal boarding pass dan ummi sibuk kejar abang Faheem..

Ma & Ayoh

Faqeeh pun nak berkejaran jugak ke??

Dalam flight, dapat seat yang takde tingkap. Ummi duduk hujung sekali sebab senang nak breastfeed adik Faqeeh. Faheem duduk tengah-tengah. Sekejap je dia nak duduk. Orang suruh fasten seat belt, dia bukak sendiri. Taknak pakai. Bila tak bagi bukak, dia berdiri, keluar dari dari seat belt..hmmmmppphhhh..

Bijak sungguh..
Lepas tu tak duduk diam pulak..main cak-cak dengan kakak tina kat seat depan, panjat nak pergi seat depan, jalan-jalan pergi seat Tokma & TokAyoh tengok awan cantik..
Enjoy lah sangat.


Ma & Ayoh


My eldest niece, Qistina

Family Abe

Family Kakti

Layan chipsmore

Sempat lagi buat 'peace'

Dah merayap ke tempat TokAyoh & Tokma, nak tengok awan katanya.

Adik Faqeeh tidur nyenyak..

Foodies from Malindo Air.

Faqeeh pulak, Alhamdulillah, Faqeeh tidur kekenyangan almost throughout the fly. Bangun merengek sikit, sumbat nenen, tidur lena balik..Ni tengah tidur ni, mata pejam tak rapat..huhu~


Hiburan on air..








 Ni pulak hiburan untuk Faheem...Main game sajoh...


Layan main game ikan...Ala-ala frenzy fish..Pastu main puzzle..Yang tak tahan nye, dia dok mengamuk suruh kite main..Dia tengok sajoh...Erkkkk...

Ummi nak layan movie lah Faheem..

Sepanjang flight, aku layan chinese movie versi bisu sebab tak bawak earphone..Kalau MAS provide earphone..Malindo ni kena bawak sendirian berhad punya..huhu..Mujur ada subtitle..


Ni cerita yang aku layan

A Wedding Invitation..

Dah lama aku tak layan movie...Best wohhhh cerita ni...Meleleh airmata aku..huhu~

Feeling-feeling pulak dalam flight sambil Faqeeh tidur dan Faheem yang sekejap ada sekejap hilang macam chipsmore..hahaha...

Dah touched down Kota Kinabalu International Airport, budak excited tengok luggage bergerak sambil cari mana beg abi...



Lepas tu enjoy trolley ride lah kan..

Dah sampai KKIA, settlekan kereta sewa pulak..
Since abang ipar, Abe, is Sime Darby's staff, kite sewa kereta Sime Darby sajoh..
Office nye dekat Terminal 1 KKIA tu je...

http://www.simedarbycarrental.com/


Kami sewa Starex 2 biji...Tapi untuk hari pertama dan kedua ambil sebuah je...Third day baru ambil lagi sebuah..

Sumbat semua luggage gabak-gabak, mujur muat sebuah Starex. Tapi duduk berhimpit sikit lah.

Dah dapat kereta, off we go for check-in..


Related entries:






No comments:

Post a Comment

Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015