Wednesday, December 31, 2014

Recap 2014


Alhamdulillah…Tahun 2014 dimulakan dengan kembara penyucian jiwa, kembara bertemu Allah pada 25/1/2014 hingga 5/2/2014..Pengalaman menunaikan umrah merupakan satu pengalaman indah yang takkan aku lupakan. Hingga ke saat ini, terasa-rasa kerinduan menjadi Duyufurrahman..Mudah-mudahan di murahkan rezeki untuk kembali bertamu di rumah Allah bersama anak-anak tersayang. Mudah-mudahan di lorongkan jalan juga agar dapat membawa Mama & Ayah bersama bertamu ke Tanah Haram..Ameen..


Kembara umrah juga mengajar sesuatu yang sukar untuk aku gambarkan. Betapa jika Allah berkehendakkan sesuatu itu, tiada yang mustahil bagiNya. Perjalanan umrah menjadi titik tolak terhentinya kembara penyusuan Faqeeh secara direct. Kuasa Allah, sekembalinya ke Malaysia, susu badan menjadi kering sekeringnya. Sedangkan saat terakhir memerah susu di Tanah Haram, masih lagi mampu mendapat 6oz. Faqeeh pula ternyata merajuk ditinggalkan oleh ummi dan abi, menolak untuk disusukan. Biarpun tak dapat melengkapkan tempoh penyusuan selama 2 tahun, aku sudah bersyukur yang amat sangat di atas setiap rezeki yang Allah limpahkan pada aku dan keluarga. Pasti Allah ada percaturan yang lebih baik. InsyaAllah.

Sekembalinya dari umrah, ayah masuk IJN dan menjalani pembedahan bypass jantung pada 27 /2/2014. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar, ayah is recovering well. Luka jahitan pun nampak cantik.


Somewhere in July, awal Ramadhan, aku keguguran buat kali yang kedua dalam hidup. Kalau keguguran kali pertama, aku buat D&C memandangkan tiada lansung pendarahan dan belum ada tanda ‘di’ hendak turun sendiri, keguguran kali kedua berlaku secara semulajadi. Complete miscarriage. Akur dan pasrah. Redha pada ketentuan Ilahi bahawa belum masanya untuk keluarga kami berkembang walaupun kami memang telah bersedia untuk menambah. Again, aku yakin, percaturan Allah itu pastinya yang terbaik buat kami sekeluarga.

Later in September, we had our small family trip ke Penang. Alhamdulillah. Gembira dalam lelah melayan keletah anak-anak. We really need this family getaway setelah penat menjalani kehidupan seharian dan setelah melalui episode kehilangan. Sebetulnya kami perlukan getaway ini lebih awal. Tapi masa sangat mencemburui.


Selain itu, Alhamdulillah tahun ni aku berjaya menghapuskan hutang-piutang i.e. pinjaman kenderaan dan pinjaman pendidikan (PTPTN).. My debts-free resolution telah berjaya. Potongan gaji bulanan bagi pembayaran balik PTPTN pun dah ditamatkan. Sekarang tunggu nak refund balik lebihan pulak :)
2014 juga mencatatkan peningkatan berat badan yang mendadak, basically lepas berhenti breastfeed Faqeeh..10kgs..huhu..

Overall, nothing much to recap. Our 2014 seems to be busy with so many things. Kerja yang tak pernah surut. Program-program external. There’s ups and down. At work, within family, in our marriage, within the community. Some bitter and sweet things to add some colours into our life journey. Life isn’t always easy. Things isn’t always smooth sailing. There are obstacles at times, but Alhamdulillah, we/I manage to go through it. Setiap ujian dan dugaan yang Allah timpakan tu, untuk ingatkan kita supaya kembali dekat pada Dia, supaya tak lalai dan terleka, supaya bergantung sepenuh pengharapan hanya pada Dia. Jangan pernah berhenti ucapkan syukur tatkala dilimpahkan dengan rezeki dan nikmat. Jangan pernah mengeluh dan bersungut tatkala ditimpakan ujian. Bersabarlah.

Semoga 2015 membawa lembaran baru dalam hidup kita semua. Membawa bersama lembayung rahmat, barakah dan redha Allah. Semoga kita lebih berusaha dalam memperbaiki diri menjadi mukmin/mukminah yang bertaqwa, terus berlumba mencari dan mengejar jannah Allah. InsyaAllah.


*****

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah, di hari akhir tahun 2014 ini, kami memohon keampunan Mu dari segala keterlanjuran kami, segala kesilapan yang telah kami lakukan disepanjang tahun ini.
Ya Allah sayangilah kami dan tutupilah segala aib kami.
Ya Allah tambahkanlah rezeki kami dan cukupkanlah rezeki kami.
Ya Allah tunjukkanlah kami jalan yang lurus yang Engkau redha.
Ya Allah sihatkanlah kami agar kami selesa dalam menjalankan ibadah kami.
Ya Allah, ingatkan kami bahawa dalam kehidupan ini kami pasti diuji.
Ya Allah, ingatkan kami
• Bila kami melihat seseorang yang kaya dan bergaji besar, ketahuilah sebenarnya dia sedang diuji.
• Bila melilihat seseorang yang cantik dan kacak, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila kami melihat seseorang yang berpangkat dan berkedudukan tinggi, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila melihat seseorang yang alim, hebat dan banyak ilmu, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila melihat seseorang yang sedih, gagal dan ditimpa bencana, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila melihat seseorang yang sakit dan susah, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila melihat seseorang yang cacat dan lumpuh, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
• Bila melihat seseorang yang diberi dengan berbagai kelebihan atau bermacam kekurangan, ketahuilah dia sebenarnya sedang diuji.
Ya Allah berkatilah diri kami dan ampunilah kami atas kelalaian kami Ya Allah.
Ya Allah panjangkanlah umur kami agar kami dapat meningkatkan ibadah kami dan ketaatan kami kepada Mu Ya Allah.
Ya Allah, sucikanlah hati kami dan lembutkan hati kami agar kami senang menerima teguran dan ilmuMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkanlah kami jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepada kami supaya kami dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai Ya Allah.
Ya Allah sesungguhnya kami bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya kami adalah orang-orang beriman Ya Allah.
Ya Allah hanya kepada Engkau kami memohon dan meminta petolongan Ya Allah.
Ya Allah ringankanlah beban kami dan permudahkan urusan kami Ya Allah.
Ya Allah sucikan jiwa kami dan perlindungi kami daripada ilmu yang sesat dan menyesatkan.
Ya Allah jauhkan juga kami daripada sifat yang keji dan mungkar Ya Allah.
Ya Allah ringankanlah diri ini untuk memperbanyakkan ibadah kami kepadaMu Ya Allah.
Ya Rahman Ya Rahim Engkau peliharalah kami dan lindungilah kami agar kami sentiasa dalam sihat sejahtera, aman bahagia selamanya.
Ya Allah kurniakanlah kami taufiq dan hidayah Mu agar kami sentiasa rajin berusaha untuk kecemerlangan di dunia dan akhirat Ya Allah.َ
Ya Allah jangnganlah kami menghitung apa yang hilang, tetap biarlah kami melihat apa yang kami miliki sekarang dan bersyukur dengan segala nikmat yang telah kami terima sepanjang hidup kami.
Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ
Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن َ


Bukan.....


"Faqeeh buat apa tu? Faqeeh buat girrafe ye?"


"Bukan Faqeeh buat girrafe.."
"Habis tu Faqeeh buat apa tu?"
"Faqeeh buat girrafe...Bukan Faqeeh buat ambulans.."


"Betullah ummi cakap Faqeeh buat girrafe tadi..."
"Bukann..bukan ummi cakap girrafe. Ummi cakap ambulans.."
=_="

Faqeeh...Faqeeh...Cepat je nak cakap bukan..Sokmo nak bangkang..Tu yang selalu buat gaduh dengan abang. Pantang lah abang cakap apa pun, laju je adik 'bukan' kan...Kadang tu siap persuade ummi lagi...
"Ummi...bukan xxxx (anything that abang mention earlier) kan? "
Gelihati betul ummi tengok gelagat awak.

Friday, December 26, 2014

Banjir 2014: Kelantan Menangis :(


Banjir di Kelantan dikhabarkan kian meruncing.
Mangsa yang terlibat di negeri Kelantan sahaja sudah mencecah 45k. Jumlah keseluruhan mangsa banjir pula sudah melebihi 110k.
Membaca update di FB, sayunya hati..Tak tergambar perasaan mereka yang memikul beban dilanda musibah.
Mendapat khabar ada sanak saudara yang turut terjejas dek banjir yang dahsyat ini.
Allahuakbar.
Ya Allah, peliharalah mereka Ya Allah..
La haula wala quwwata illa billa hil aliyyil'azim.
Tiada daya upaya kami Ya Allah melainkan dengan kekuasaanMu Ya Allah..
Bantulah saudara mara kami Ya Allah.
Hentikanlah banjir yang dahsyat ini Ya Allah.

Alhamdulillah Pasir Puteh tidak terjejas. Nenek (Mok) ada di Pasir Puteh. Tak dapat dibayangkan kalau Mok yang agak uzur terpaksa meredah banjir
 Allahu Allah..

Apa khabar saudara-saudara di Tanah Merah?
Semoga semuanya sihat & selamat serta sentiasa di dalam perlindungan Allah hendaknya.
Allahumma ameen.

Wednesday, December 24, 2014

Banjir 2014: Pray For Pantai Timur


Banjir tahun ni lebih dahsyat nampaknya berbanding tahun lepas. 
Dengar khabar Kelantan dah terputus hubungan. Tiada akses melalui jalan darat. 
Allahuakbar !

Semoga sanak saudara di negeri Serambi Mekah dalam keadaan sihat dan selamat hendaknya.


Monday, December 22, 2014

21st Dec 2014 : Faqeeh is 2


Alhamdulillah, Faqeeh is officially 2..
And, to be fair to both my heroes, since masa abang was 2, I did some birthday deco for him..So, I did the same for Faqeeh. But I did ask him few days earlier, what themes does he likes.
Bagi options la of course. Kang dia jawab yang pelik-pelik, naya ummi nak buat..

Since he said he want cars...
So, I made cars pennant banner for him. A simple one je..
I hang the banner on his birthday eve, when all of them were upstairs, asleep and ready to sleep.


I did the same for Faheem last time.

Tapinya, Faqeeh ni sangat lah bersahaja.
He didn't show any signs of excitement ke hape..
Biasa-biasa saja. Whether the thing is there or not, dia rileks je. Buat hal sendiri.
Ummi pulak yang stress. Dan abang pulak yang teruja.

Last time masa buat untuk Faheem, dia sangatlah excited. Bangun tidur terus sengih-sengih tengok banner and the choo-choo-train tergantung. Sampai nak suruh mandi pun payah. Terpaku depan banner tu sengih-sengih..
Faqeeh ni, memang lansung dia tak heran. Terus cari mainan dan main seorang diri, create his own stories..Sampai ke nak ambil gambar pun kena paksa. huhu..


Cubaan membuat 'peace' yang tidak berjaya..
  
 Later, abang pun interframe sama..


2 sons of different characters. Bu I love you both equally, InsyaAllah..

Seperti kebiasaannya, the way we celebrate birthdays is really simple.
Since that day kami occupied dengan some works, takdelah nak keluar makan ke apa.
Just pergi beli kek, then makan kat rumah. Masa beli kek, birthday boy dah tertidur dalam kereta..

Birthday boy menangis tidurnya di kacau. Awak tidur dah lama dik..Haruslah ummi kejutkan..Terus emosi je birthday boy..hahaha..

Kek kecil pun masih berlebih untuk keluarga kecil kami :)

Abang tu standby nak potong kek, mengalahkan birthday boy pulak..Adoii.. Birthday boy pulak masih sememeh dengan airmata berlinang...

 Alhamdulillah..Dah 2 tahun Allah amanahkan Faqeeh buat kami, untuk kami didik jadi mukmin yang bertaqwa. Terasa usaha kami terlalu sedikit dalam memikul amanah yang ternyata amat berat ini..Allahu..Moga Allah beri kami kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menjaga amanah yang dititipkan buat kami.

Faqeeh diusia 2 tahun, I can see that he is very independent dan sangat berani dan tersangatlah cheeky.. 
Faqeeh boleh leka main apa jua be it permainan, atau apa-apa sahaja yang boleh dibuat main..Dia akan main seorang diri, reka cerita sendiri guna apa yang dia ada sebagai props..
He wanted and insisted to do all things by himself smapi bergaduh dengan ummi dan abi.
Kalau berjalan keluar, sokmo berdebar je ummi ni sebab dia ni independent dan terlebih berani. 
Mengusik abang taknak kalah. Selalu lah abang menangis kena kosek dengan adik. Adik pulak, selamba sengih-sengih gembira dapat sakat abang.
Alhamdulillah Faqeeh mudah hafaz, mudah hadam dan lancar membaca doa-doa, zikir dan selawat serta bacaan surah Al-Fatihah dan beberapa surah pendek.

Ummi mintak maaf sebab ummi bukan ummi mithali, ummi banyak buat silap dalam mendidik Faqeeh & abang, ummi kurang sabar, ummi tak pandai kawal marah..Ummi tak tunjukkan contoh terbaik buat kalian. Ampunkan ummi ye sayang. InsyaAllah, ummi cuba sebaik mungkin untuk didik kalian dengan hikmah dan sabar.

Semoga Faqeeh jadi anak yang soleh, dikurniakan sifat-sifat mahmudah, menjadi mukmin yang bertaqwa, berakhlak soleh, dihiasi dengan sifat & keperibadian Rasulullah SAW, sentiasa di dalam lindungan rahmat, barakah dan redha Allah fiddunya wal akhirah.

Ummi uhibbuki fillah..


Friday, December 19, 2014

Wolfing at Big Bad WOlf 2014


Wolfing??
Terus terbayang bunyi salakan serigala..Auuwww...Seram!
Tapi takdelah aku menyalak macam serigala..Adoii..Cuma sebab pergi tengah malam buta, tu yang tajuk jadi wolfing tu..kihkih..

This year, sebelum sempat aku pujuk my zawj ajak pergi BBW, dia dah terlebih dulu cakap nak terjah BBW. Sebab ada misi yang harus dilaksanakan.
Nak pergi weekend of the first week, dia dah kepenatan sangat bantai main futsal entah berapa game agaknya sampai sakit-sakit badan. Pastu masing-masing lupa the fair ends bila...
Bila send gambar ni kat my zawj barulah macam..."Hah...sempat ke nak pergi ni??" Sebab weekends semua dah ada plan..

So, the final weekend je tinggal (based on initial fair date). Tapinya, the weekend pun dah reserve for hotel stays.Jadi kami decide pergi hari Jumaat malam. Just the two of us.
Sebab ada misi penting, jadi tak boleh bawak anak-anak. Nanti misi penting jadi kelaut, ummi jadi serigala jadian..Huhu..So, after Maghrib hari Jumaat tu, kita balik Ampang...Dah cakap kat Mokcu siap-siap..So, dinner is ready..Hahaha..Hampeh punya kakak kan..

Tapinya, anak-anak punyalah segar, dok bermain tanpa henti. Ummi dengan abi pulak yang dah berpuluh kali menguap. Kalau main tinggal je kang, meraung budak berdua tu, jenuh pulak maktok nak pujuk. And also, nanti lepas balik, menjawab lah dengan Faheem soalan-soalan maut dia yang bertubi-tubi campur rajukan panjang. Letih nak pujuk nanti.
Sempatlah ummi abi layan Maharaja Lawak Mega. Kalau kat rumah sendiri tak pernahnya tengok. Haha..Kat rumah maktok pulak boleh melayan.
Habis MLM, still takde sign bateri nak kaput or whatsoever..Makin ligat adalah. My zawj dah dok tanya, jadi ke tak? Camne ni? Larat ke tak? Ngantuk bagai,,Hmmm..Takpe, kami naik solat isyak dulu. Tiba-tiba dengar suara kakak Iris. Ehhhh...Makngah datang lah...Eloklah...Faheem ada geng. Kalau dia leka main dengan iris, selamatlah kami nak keluar.

Lawak je rasa nak menyelinap keluar sorok-sorok dari anak-anak. Nak distract the kids pun bukan senang. Tengah those kids syok main, sambil tu makngah nye dok cerita pasal Faheem nyanyi lagu Let It Go...Pastu bila tengok Faheem leka main, terus lagu jadi macam ni....
"Let it go...let it gooooo...go...go...gooo.."
Sambil bagi signal suruh blah cepat..Hahahaha..
Tapikan.....Kids, dah besar esok jangan menyelinap keluar senyap-senyap tanpa pengetahuan ummi abi ye...Minta kebenaran ummi abi dulu elok-elok..Huhuhu..Tiba-tiba sangat ni..

Dekat pukul 12 dah masa tu.
Sampai sana, ok lah, nak cari parking pun taklah susah sangat. Kami parking kat luar je. Ade je kosong lagi. Maybe sebab Jumaat malam, orang dah penat harung jem luar biasa hari Jumaat, so orang tak ramai sangat. Heaven je nak pilih-pilih buku. Takyah bersesak-sesak.
Tapi satu gambar pun aku tak snap. Nak cepat kekdahnya.
Kami ni pun dah ngantuk sangat tapi tahankan gak mata.
Demi misi penting kan..

Belek punya belek...Pukul 3.27 a.m. baru keluar dari MIECC. Phewwww...
Lama jugak. Itupun takdelah aku pergi belek every row.
Masa sorting buku, my hero ni dah tersengguk dah duduk kat sebelah. Kesiannye lah. Kalau dia suruh aku masuk sorang, dia tidur dalam kereta, aku rasa lagi lama kot aku dok dalam tu..Hahaha..Sebab kesian tengok dia dah letih dan ngantuk, tu yang cepat-cepat. Ada jugak section yang aku nak singgah, tapi aku control je nafsu..

Pastu masing-masing kelaparan. Singgah lah makan kedai mamak di pagi buta...

Hasil tangkapan..

Yang ni untuk mama...The last BBW, tak jumpa buku knitting yang best untuk mama. Alhamdulillah, this time around ada, though tak banyak choice for knitting. Hopefully mama suka lah..

Anak semua lelaki, tiba-tiba sangat nak beli Hello Kitty apehal???
Of course ni bukan untuk Faheem & Faqeeh..Naye kalau bagi Hello Kitty kat anak teruna...This is for Iris & Izzara..Sticker book. Penuh sticker kat dalam..

See...Cute stickers and loads of them..Seronok main tampal-tampal..Faheem pun ter-join tampal sekali..

The posters...Fun for the girls..

For a nephew who loves to doodle around. Nampak buku ni memang terus teringat kat dia..Pergi mana pun mesti ada buku dengan pen, and he will enjoy drawing all sorts of things..


Untuk aku terselit jugak 2 buah buku. Cookery books again???
Itupun aku tak beli kat cookery section. Terjumpa tah kat mana-mana orang tinggalkan.. Kalau ikutkan hati, nak belek-belek kat cookery, craft & arts section dan jugak deco-deco..Tapi sebab kesian kat my zawj yang dah mengantuk sangat..Lupakan hasrat itu. Aku ngantuk jugak, tapi masuk je dalam tu terus segar bugar biji mata ni..ahaha.
Buku kek ni aku suka sebab dia pictorial step by step. Sesuai untuk orang tangan kayu macam aku ni nak belajar buat kek. Tapi.......takde oven..Hahaha..Baca buku sampai khatam dulu, nanti baru beli oven dan mulakan praktikal pulak..huhu..

As for my heroes....Lebih kepada activity books and flash cards..Aku kurang sikit nak beli buku fairy tales, kisah-kisah dongeng ni..Kalau beli pun yang memang dia minat macam Thomas & Friends tu..  

As I expected, yang paling menambat hati si abang is the giant book of Tractors.

And these are for our special mission.

Total damages: RM231 for 33 books and 3 Flashcards...Really worth the money...

Now that the BBW book sale 2014 extended until 21 Dec, sempat lagi korang nak terjah..Rasanya more discounts given kot hujung-hujung ni.. Sila lah melabur...hihi..But obviously, no second round for us...Enough for this time. Prepare for next year pulak, InsyaAllah..
Big Bad Wolf Banner

Rasanya lepas ni kena buat tabung khas untuk BBW 2015 pulak...hahaha..And pembelian tak boleh exceed jumlah tabungan. Kalau kurang takpe, kita carry forward untuk the coming years pulak..Ngeee~ InsyaAllah...

Thursday, December 18, 2014

Look Fat..Feel Fat..


I feel I'm getting fat..
I've put on some weight..
I'm having problem to stick on to diet program..
Cannot resist those foods temptations..
Hardly did my workout session as planned.

Hmmm..what is the remedy for this fat feeling eh?

Suddenly found this..

Hahaha..

Wednesday, December 17, 2014

Terjah Korea Wallpaper Puchong


We have a make over mission. Tapi bukan make over rumah ye.
Yang tu kena hold dulu, buat proper planning, tengok budgetting, baru boleh proceed.
Yang ni misi make over khas punya..

One of the items in our make over mission is to give new look to the wall. The choices can either be repainting the wall or install wallpaper. Mula-mula opt for repainting. Tapi jenuh fikir siapa yang nak cat. Aku pulak nak suruh cat warna-warni macam pelangi..Hire orang to paint will incur some more cost. Harapkan kaki dan tangan yang ada untuk cat, masing-masing occupied.

My zawj kata, kita try survey for wallpaper. Teringat ada booth wallpaper kat Tesco Ampang that day. Unfortunately, bila kami revisit, booth dah bertukar. Ok...Fine..

Last week, my zawj send me a snapshot from FB Korea Wallpaper. 
Gambar ni..

Comel..Faheem mesti suka sebab ada lori simen, ambulans..
Bila search web Korea Wallpaper, ada fair rupanya..



PUCHONG & DAMANSARA Korea Wallpaper Fair! 
Now - 4 Jan @ Puchong gallery (next to IOI mall)

30 Dec - 4 Jan @ Ikano Power Centre (IKEA) 


Wallpapers are FREE (n.p. RM350), only pay for installation fr. RM150/roll  with minimum purchase of 5 rolls. If buy less than 5 rolls, installation fees will be RM200/roll.
Book within the date and Install anytime within 2015.


Ahad baru ni, kami terjah Korea Wallpaper at Puchong.
A rainy day, dan parking susah nak dapat. So, aku naik dulu dengan Faheem.

Kata kedai wallpaper kan...Tentunya kami disambut dengan dinding-dinding yang penuh berbalut kertas comel. Huhu..

Corak yang ni nampak hidup. Menjadi effect 3D dia tu..

The entrance..Abaikanlah gambar uncle tengah tidur tu. Keletihan pilih design wallpaper agaknya. Dapat pulak sofa empuk, sedaplah berlayar di alam mimpi..hahaha

Happy tengok pokok melekat kat cermin. Hahaha..
Ehhh...corak zebra kat bawah tu, I suka tau :)
Tapi again, the mission is not for our house, jadi lupakan cik zebra tu..Kalau tak, mesti aku dah rembat untuk tepek kat bilik tidur..Hahaha..

Sementara tunggu my zawj cari parking, kami belek-belek dulu catalog.
The showroom is huge & spacious..Suka pulak duduk dalam tu. Nice deco..

Then bila jumpa corak yang macam kat atas tu, tunjuk kat Faheem. As expected, memang dia suka...
And jumpa another corak yang sesuai jugak for our make over mission.


Yang untuk free wallpaper, ada 3 catalog je. The rest kena add on RM50 per roll plus the installation fees la, RM150 tu. Kalau ambil 5 roll tu, boleh campur design, and also boleh campur yang free or add on RM50 tu...Nak tau mana yang free, mana yang RM50, kat depan catalog tu ada tepek sticker.

Of course bila belek-belek catalog, seems like banyak yang aku berkenan yang kena add RM50 tu..
Lama jugak kiterang belek catalog, jalan pusing keliling dalam showroom tu tengok live sample yang dah terpasang. Belek catalog lagi.

Serius je belek catalog tu bang =P

Bila Faqeeh dah join Faheem, riang ria lah budak berdua tu. Tempat luas pulak tu. Seronok berlarian, Make new friends..Berkawan dengan anak cina..Bagus..You're not racist. Elok je dierang main bertiga. Anak cina tu pun, everytime Faqeeh lari jauh-jauh, dia datang panggil aku, tunjuk mana Faqeeh pergi..Hihi..
Dan dia siap tunjuk kat aku design wallpaper yang dia pilih untuk bilik dia..Hihi..Comel..

Gambar atas ni, contoh sticker yang dia tepek depan catalog. RM 0..Free lah tu..

Rambang mata weh nak pilih..Pening..Kami sampai hilang fokus, lupa tujuan asal..Hahaha..Dasar sungguh...Belek-belek, dok imagine kalau pasang kat sini, kalau pasang kat situ..bla..bla..bla.. Padahal tujuan asal datang untuk misi khas. Sampai at one point, aku tertanya balik, "Eh! Kita ni nak beli nak pasang kat mana sebenarnya ni???" Confuse hakak dengan diri sendiri..hewhew..

Setelah jenuh memerah otak pilih design, make our final decision, lock order...Bayarlah, ape lagi..
Sesi membayar..

Total damage: RM800. Sebab ambil 4 roll yang free + 1 roll RM50.
Installation date: 14 February 2015.

Design mana yang jadi idaman hati dan kat mana nak pasang, soon to be updated. Lepas install lah kot jawabnye baru update..Huhu..


Tuesday, December 16, 2014

Free 2D1N Stays at Seri Pacific Hotel, KL


Sambungan kisah holiday yang paling jauh..kihkih..
Since ada dua voucher kan...Kita redeem je serentak...Previous entry on hi tea. Reserve on the check in date..Sebab the next day dah include breakfast. Rugi kalau humban both breakfast and hi tea in one day..Perut tak sempat nak kosong..hahahaha..Habis kelaut niat nak diet..


Sabtu tu, kami check in hotel dulu sebelum turun for hi tea. Sempatlah anak-anak merasmikan toilet dulu..

Here's the hotel. Just next to PWTC.

Views of the room..

The bed..

 View from the entrance..

View from the bed.

Toilet entrance. Sink dia separated from toilet. I mean, masuk ke entrance ni takde pintu pun, memang terus nampak sink tu lah. Then ada 2 pintu on the right and right in front for wc and shower.

Hair dryer & toiletteries under the sink top.

The mirror corner. Cermin banyak dan gabak-gabak. Suka! Memang ada dalam otak ni plan nak buat mirror wall macam ni kat hall rumah..Tapi tertakluk kepada approval big boss lah kan..Kalau my zawj tak setuju, I is pasrah je..haha..

There's a wardrobe just behind the door. Masa mula-mula jenguk, I see no iron & iron board. Ok, kena request kot. Then mineral water dia letak dekat sink top tu. Macam..ehhh, kenapa la letak air minum kat sini. Dekat toilet kot. Pastu takde nampak minibar. Hmmm...mana nak refill air panas nak buat susu budak-budak ni. And that's why kot dia letak air kat sink tu je, sebab takde minibar.

Tapi rupanya iron board and minibar dia tersorok. Cett...Kalau tengok gambar view from entrance, kat tepi langsir tu macam ada besi melintang kat dinding. Well, that's the secret door, at each ends of the wall..Perggghhh, macam secret passage je main sorok-sorok gitu..hihi..

Faheem konon nak menyorok dalam ni. Tapi bila tutup pintu kan jadi gelap. Terus dia keluar balik..hahahaha..
    

View from the room..haha..Mujur bukan view building office..Buhsan sungguh la kalau terpaksa mengadap office sendiri over the weekend..hihi..

Adik Faqeeh yang kekenyangan after hi tea, tidur lena di katil empuk dengan sejuk aircond yang membuai mata...Lena betul dia tidur. Takde merengek tengah tidur nak susu ke apa..

Petang tu memang semua pun ketiduran. Aku terlelap sekejap tepi katil sementara tunggu masuk waktu Asar. Terjaga bila Faheem kejut nak susu. Faqeeh pulak masa tu dok menempel atas riba, tiba-tiba je dia tidur atas riba aku. Abi dah selamat berlayar. Qada tidur akibat menerjah BBW tengah pagi buta..hahaha..Memang merehatkan diri di hotel sungguh. Tapi aku takleh lelap dah lepas tu. Means sempat terlelap dalam 20 minutes je. Faheem pulak lepas minum susu, tahan mata lagi for half an hour melayan tv. Lepas tu dia pun sama berlayar dengan abi dan adik. Ummi jugaklah terkebil-kebil seorang diri. 

Malam tu mencari dinner di bandaraya. Bandar sangat kau ni..Bawak the kids nak LRT. Faqeeh ni keeps on repeating the same question..
"Kenapa ummi tak ajak faqeeh naik choo choo tren?"
"Kenapa ummi tinggal Faqeeh kat rumah?"
Padahal yang aku tinggal depa tu, pergi kerja..Dok lah dia ulang soalan yang sama.
Even dalam LRT pun dia tanya lagi...Denggg~
"Kan ummi dah bawak Faqeeh naik tren ni..Mana ada tinggal.."
Adehhh..

Dinner di Restoran Insaf..Adoiii..Memang insaf lah program diet aku..
Then pusing dalam Sogo jap.
Sempat si abang suruh snap gambar dia..

Seronok anak-anak berjalan tengah malam di bandar nai LRT..Moden sangat anak-anak hoi..
 Lepas tu semua berlingkar macam ular sawa kekenyangan...
And the kids tidur nyenyak betul. Faqeeh did not wakes up in the middle of the night as usual. Ke aku yang tak sedar lansung kot dia merengek nak susu ke apa. Hahahaha..

The next morning, it's breakfast time..Full house weh Zende Restaurant tu. I guess sebab location dia yang betul-betul next to event centre kan, so memang akan sentiasa full whenever ada event kat PWTC tu..Sebab ada nampak tag exhibitor etc..

Again, sumptuous meals, variety of them..
Tak terlarat aku nak bedal semua.

Nasi lemak with rendang ayam, mushrooms...Yang kuning tu dimsum...Sedappp..Yummy..

Faqeeh with a bowl of coco crunch and honey stars.. 

 Faheem opt for porridge. Dia pilih sendiri and licin semangkuk by himself. Tak share dengan adik lansung. Lepas tu dia layan coco crunch jugak. Add on tiny anchovies..Ahahaha..Resepi mana awak pakai ni abang oiii...

Antara pastries & muffins. Banyak jenis lagi kat counter dia tuh..

My favorite. Bread butter puding with vanilla sauce. Tapi masa breakfast ni kurang mengancam rasanya as compared to masa hi tea the day before.

Muka nikmat makan coco crunch with anchovies..haha..Pastu omelette tu, saat perut macam dah nak meletup penuh, my zawj amik omelette ni. Memang makan kuis-kuis je jawabnye. Super full dah. 

Si kenit ni, copycat abang sokmo. Mula-mula dia marah abi letak susu dalam mangkuk coco crunch. Bila tunjuk mangkuk abang pun ada susu, ok pulak. Haiiihh.

Banyak lagi foods yang ada. Tapi as I said, tak larat nak baham semua. Kalau ikut nafsu memang macam nak rasa semua. Tapi perut cakap "Let it go...let it go.." Hihi..

Lepas isi perut, it's pool time for the kids, seperti yang dijanjikan..
Tapi abi jelah layan anak-anak ye..Ummi bukan boleh berendam pun. Dan pool dia pun tak besar mana. So abi turun dulu dengan the kids. Ummi kemas bag and things kat bilik. Pastu turun sekadar nak amik gambar dan bilas the boys.

Abi kata takleh nak lepas anak-anak. Since kids pool pun up to 1.0m deep. Berpaut jelah anak-anak kat abi sebab takde pelampung..

  







Copyright to ily's
Designed by UMIESUEstudio 2015